09 Julai 2008

Peranan Ibu Muslimah

Di samping tugasnya sebagai suri rumahtangga, wanita Islam juga mempunyai peranan penting sebagai seorang ibu. Tugas keibuan dalam Islam bukanlah sekadar menjadi Isteri,mengandung, melahirkan serta mengasuh anak, kerana sifat yang sedemikian juga ada pada haiwan. Keibuan dalam Islam ialah mempunyai jiwa dan perasaan sebagai ibu yang bersifat penyayang, lemah lembut, tidak mementingkan diri sendiri, kasih terhadap anak-anak, bahkan sanggup berkorban dan bersusah payah melaksanakan kerja-kerja dalam urusan rumahtangga.

Keibuan juga bererti mengukuhkan kedudukan keluarga yang menjadi asas generasi Islam dalam lingkungan keluarga. Peranan keibuan adalah amat penting kerana ibu adalah di antara orang yang akan mencorak dan membentuk keperibadian anak-anaknya, sebagaimana maksud dalam sebuah hadis : "Tidak ada seorang yang lahir melainkan menurut fitrahnya, maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Seandainya ibu-ibu muslimah tidak memainkan peranan mereka yang sebenar dalam membentuk dan memberikan pendidikan terhadap anak-anak mereka, maka kesannya akan dapat dilihat sama ada di dunia mahupun di akhirat. Amat malanglah ibu-ibu yang sudahlah di dunia mereka bersusah payah memelihara anak-anak mereka itu, di akhirat pula terpaksa dipertanggungjawabkan kerana kelalaian mereka memberikan pendidikan yang sempurna.

Seorang ibu yang beriman sudah tentu tidak suka jika dia hanya menjadi ibu sambilan sebagaimana yang banyak terjadi ketika ini. Kebanyakan ibu yang ada sekarang ini hanya menjadi seorang ibu apabila dia pulang dari tempat kerjanya. Sebahagian besar masanya dihabiskan menjalankan pekerjaannya dengan alasan membantu suami mengumpul wang untuk kebahagian mereka sekeluarga.

Alasan-alasan seumpama ini hanyalah helah untuk melarikan diri daripada tugas keibuan. Seolah-olah mereka menganggap tugas keibuan hanyalah bebanan dan penindasan yang dikenakan terhadap kaum yang tidak mahu lagi melahirkan anak dengan mengamalkan apa yang dinamakan perancang keluarga. Kononnya dikatakan melahirkan anak akan menganggu pekerjaan mereka. Kalaupun mereka inginkan anak, anak-anak itu dijaga dan diberi asuhan di pusat penjagaan anak-anak damit.

Para ibu perlulah mengetahui, anak-anak sebenarnya mengharapkan asuhan dan didikan yang sempurna dari seorang ibu. Ibu lebih rapat hubungannya dengan anak-anak daripada seorang bapa. Bagaimanakah asuhan dan didikan yang sempurna dapat diberikan sekiranya ibu-ibu sentiasa sibuk berperanan di luar urusan rumahtangga mereka ?

Para ibu hendaklah juga menyedari bahawa anak-anak merupakan generasi masyarakat akan datang. Kegagalan dan kelalaian para ibu dalam memberikan pendidikan yang sempurna akan menyebabkan masyarakat menjadi porak peranda.

Seorang ibu yang solehah ialah ibu yang mengasuh dan mendidik anak-anaknya dengan rasa keghairahan dan harapan untuk menanam dan mempertahankan konsep kehidupan Islam.

Adalah menjadi tugas seorang ibu muslimah apabila anaknya sudah pandai bertutur, mengajarkannya ucapan syahadat dan ucapan-ucapan lain yang baik-baik yang banyak dianjurkan oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam di dalam hadisnya.

Demikian pula apabila anak-anak sudah berumur tujuh tahun, ibu-ibu hendaklah menggesa anak-anak mereka menunaikan sembahyang. Jika dia cuai menunaikan sembahyang . Jika dia cuai menunaikan sembahyang apabila berumur 10 tahun, maka dia boleh dipukul. Bagaimanapun mendidik anak-anak mengerjakan ibadah hendaklah disertai dengan keterangan yang jelas supaya mereka mengetahui serta memahami tujuan sebenar ibadah yang mereka laksanakan.

Adalah menjadi peranan ibu-ibu muslimah untuk menceritakan kepada anak-anak mereka tentang kehebatan perjuangan tokoh-tokoh Islam di masa lalu supaya menjadi perangsang kepada mereka untuk dicontohi. Seterusnya para ibu hendaklah sentiasa peka dan mengawasi anak-anak daripada membaca buku, majalah-majalah atau menonton filem-filem yang kurang sihat kerana ini boleh mempengaruhi jiwa dan mengakibatkan gejala yang tidak baik terhadap perkembangan peribadi anak-anak

Bagaimana Menjadi Ayah Yg Cemerlang

BEBERAPA kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah menyumbang terhadap kejayaan anak dalam setiap fasa kehidupan mereka. Kajian itu disimpulkan dalam Father Facts, Edisi Ketiga (1998), antaranya:

Bayi yang mempunyai ayah yang selalu bersama-sama anaknya di lapan minggu pertama, lebih berkemampuan menangani tekanan di alam persekolahan.

Anak yang rapat dengan ayahnya pada zaman kanak-kanak menjadi ejen `penyelesai masalah' yang baik apabila dewasa berbanding kanak- kanak yang tidak dipedulikan oleh ayahnya.

Apabila anak lelaki dan perempuan dididik dan dibelai oleh ayahnya serta sentiasa di sampingnya, sikap mereka apabila dewasa menjadi lebih berinisiatif dan mampu mengawal diri.

Kanak-kanak yang mempunyai hubungan rapat dengan ayahnya ketika zaman tumbesarannya akan menjadi seorang remaja dan orang dewasa yang seimbang.

Anak yang tidak berbapa.

Kajian menunjukkan kekosongan daripada belaian kasih ayah mempunyai hubungan rapat dengan pelbagai permasalahan gejala sosial dan prestasi pembelajaran anak-anak. Anak yang tidak tinggal dengan ayahnya menunjukkan gejala seperti di bawah:

Lima kali lebih teruk prestasi pembelajaran.

Tiga kali lebih ramai yang mengandung tanpa nikah.

Lebih 50 peratus kemungkinan keciciran dalam pembelajaran, terbabit dengan gangsterism, penyalahgunaan dadah dan jenayah juvana.

(Sumber: Pusat Kebapaan Kebangsaan)

Tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan.

Ramai lelaki terbilang berjaya dan berbangga kerana menjadi seorang ayah cemerlang dan berkesan. Menurut kajian Dr Ken Canfield, pengasas dan juga Presiden Pusat Kebapaan Kebangsaan dalam penyelidikannya mengenai `kebapaan' ada tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan:-

1.Bapa yang komited dan bertanggungjawab.

Jalankan tugas bapa dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Kenal pasti apakah tugas anda sebagai bapa dalam rumah tangga. Tunjukkan dan beritahu anak bahawa anda juga ada tugas dalam rumah tangga, disamping ibu mereka.

Anda bukan hanya bertugas di luar. Sekali-sekala berikan mereka peluang untuk mengutarakan pandangan atau menegur anda jika terlupa atau terlalai melakukan tugas anda di rumah.

Selalu memeriksa dan memantau apakah anda telah melaksanakan tugas di rumah. Bayangkan `hadiah' atau `anugerah' yang bakal didapati (sama ada di dunia atau akhirat) jika anda menjadi ayah cemerlang!

2.Kenali anak anda.

Ambil masa untuk mengenali secara khusus keunikan dan kualiti anak anda. Libatkan diri dalam dunia mereka, hadiah yang mereka sukai, ketakutan, kekecewaan malah impian dan cita-cita mereka. Cuba ingatkan semua nama kawan mereka serta pembawaan masing masing.

Kenal pasti apa yang selalu mengecewakan, ditakuti, dibenci, paling memalukan serta yang boleh memberi motivasi dan perangsang kepada mereka

3.Istiqamah (tetap pendirian)

Apabila anak tahu apa yang bapa mahukan, mereka akan lebih berasa yakin serta boleh menyesuaikannya dengan kehendak anda. Jadi, istiqamah, tetap pendirian serta konsisten.

Ada enam tempat anda perlu konsisten iaitu hadkan perubahan mood (jangan terlalu mengikuti perasaan); sentiasa ada di rumah (selalu menghadirkan diri dalam acara kekeluargaan); kotakan apa yang dikata, bukan cakap tidak serupa bikin; sentiasa menjaga moral dan adab sopan; mempunyai atur cara kehidupan teratur serta ada hobi dan kegemaran baik yang boleh dilihat dan diikuti.

4.Melindungi, menyara dan mendoakan.

Sediakan suasana dan rasa selamat dalam rumah dengan memberikan respon yang positif setiap kali berlaku krisis dan permasalahan dalam rumah. Paling penting anda memberikan saraan yang cukup kepada mereka. Bapa tidak boleh menghalang berlakunya krisis, tetapi tindakan anda ketika berlaku krisis dan mengembalikan suasana normal, sebenarnya `mengajar' anak menangani krisis. Jangan lupa doakan untuk anak selepas solat.

5.Mencintai ibu mereka.

Zahirkan cinta anda kepada isteri anda di depan anak untuk menunjukkan satu hubungan suami isteri yang intim dan bermakna. Jadikan diri anda sebagai anggota dalam pasukan `keibubapaan', bukan hanya ibu. Inilah langkah dan hadiah terbaik untuk anak.

Dalam jangka panjang, anak mendapat manfaat yang sangat bernilai daripada hubungan ibu bapa yang hormat menghormati, bekerjasama dan berkasih sayang.

6.Menjadi pendengar yang baik

Sedarlah bahawa anak mudah tersesat atau terpesong dalam arus dunia. Dengar apa yang mereka katakan dan apa yang tidak terluahkan. Tunjukkan kepada mereka bahwa mereka `berhak' untuk didengari dan diberi perhatian.

7.Jadikan diri anda `pemimpin' kerohanian.

Beri peluang anak anda mengenali Allah dengan menunjukkan `keimanan' dan amal harian anda yang selari dengan tuntutan agama. Bersolat bersama-sama dan jadi imam dalam solat lima waktu di rumah. Bawalah mereka bersama-sama menunaikan solat berjemaah di masjid. Selalu bercerita mengenai makhluk yang dicintai Allah di bumi dan langit.

Ratapan Si Anak Kecil

Mimpi yang indah pagi itu tiba tiba menghilang bilamana ibuku mengejutkanku dengan wajahnya yang manis. "Nak! Bangunlah sayang. Bukankah hari ini kamu perlu pergi ke sekolah?". Pertanyaan ibu membuatku yang masih terkebil kebil terus bergegas menuju ke bilik air. Burrrr! Deburan air yang diceduk dari perigi terus membasahi tubuhku. Dinginnya air perigi terasa begitu ngilu hingga ke tulang. Selesai sahaja mandi lantas aku terus bersiap mengenakan pakaian sekolah yang berwarna putih serta biru seluarnya. Aku dibedakkan oleh ibu dengan penuh kasih sayang. Sambil disikat rambutku, aku sesekali merenung wajah ibu yang begitu manis dibalik cermin.

"Nak! Pergilah bersarapan di sana bersama bapamu. Ibu telah menyiapkan kuih kesukaan mu di atas meja". Aku mengucapkan terima kasih kepada ibu sambil tersenyum lalu menuju ke meja makan untuk bersarapan bersama bapaku. Lantas ditepuk bahuku oleh bapa dengan penuh kasih sayang. "Kasihan bapa. Sedari kecil kemalangan yg telah menimpa bapaku menyebabkan kedua kakinya menjadi lumpuh", getus hati kecilku melihat keadaan bapa. Lalu kurenung pula wajah ibu sekali lagi melihatkan wajahnya yang tidak pernah jemu membanting tulang untuk menyara kehidupan kami sekeluarga. Aku menyelesaikan sarapan pagi itu dengan segera lalu mencium tangan ibu dan bapa seraya bermohon diri untuk ke sekolah.

Aku biasa berjalan kaki ke sekolah yang jaraknya lebih kurang 3 kilometer dari rumahku. Namun perjalan tetap kugagahi bersama teman teman persekolahan. Hinggakan diriku langsung tidak sedar kerana asyik bermain bersama teman sehingga sampai ke pintu pagar sekolah. Terus ku meletakkan beg sekolahku di atas bangku seraya merenung keluar tingkap. "Bangun!", terdengar suara yang begitu lazim didengar dalam kelas. Murni ketua kelas memberi arahan agar semua berdiri kerana ketibaan guru. "Selamat pagi Cikgu". Lantas guru memberi arahan kepada semua murid agar duduk. "Bagaimana dengan kerja rumah yang telah cikgu berikan semalam murid-murid? Sudahkah kamu siapkan?" tanya guruku kepada semua.

"Baiklah! Mari kita teruskan dengan pelajaran hari ini", ujar guruku dengan senyuman. Knock knock! Pintu kelas diketuk dan Guru Besar menjengah dibalik pintu. "Maafkan saya cikgu kerana mengganggu. Saya ingin berjumpa dengan Razali sebentar. Razali Kemas sekali beg kamu ya dan sila ikut saya", ujar Guru Besar kepadaku. Aku lantas menuruti perintahnya lalu mengikutnya terus ke pejabat sambil teman teman lain kehairanan. Sesampai diriku di pejabat Guru Besar sekali lagi aku terkejut kerana kelihatan pamanku berada di situ.

"Razali", sapa Guru Besar dengan lembut sambil memegang bahuku. "Pamanmu ingin menjemput kamu pulang kerana terjadi sesuatu dirumah", terhenti seketika perkataan Guru Besar yang kelihatan sedikit sebak. Aku yang masih belum mengerti hanya terpinga pinga melihat Guru Besarku. "Acik", kali ini pamanku pula yang bersuara. "Acik! Bapamu telah mendapat kemalangan dan telah pergi meninggalkan kita semua nak", jelas pamanku dalam sayu. "Paman ingin membawamu pulang nak untuk melihat bapamu buat kali yang terakhir". "Tidakkkk..." aku terus meraung menurut perasaan. Dalam perjalanan aku tidak henti memandang luar jendela kereta sambil sesekali menyeka air mata yang berlinangan.

Setibanya dirumah aku melihat ramai yang telah menunggu kepulanganku. Masing-masing memandangku dengan wajah hiba dan kasihan. Aku terus berlari ke dalam rumah merapati sekujur tubuh yang kaku. "Bapaaaaaa....", aku meraung semahunya sambil ibuku memautku dengan linangan airmata. "Bersabarlah nak, apa yang terjadi ini sudah memang kehendak-Nya". Ibu terus menahanku dalam sebak melihatku berkeadaan sedemikian. "Kenapa ibu... kenapa mesti bapa yang pergi dahulu..Acik masih perlukan bapa untuk membimbing Acik ibu", tangisku. Selesai sahaja jenazah bapaku dikafankan lalu seluruh tetangga dan kaum keluargaku yang terdekat menyembahyangkan jenazah bapaku.

Hari demi hari berlalu. Namun bayangan senyuman bapaku masih terbayang diruang mataku. Betapa dirinya membelai rambutku dengan penuh kasih sayang dan sering pula mengucup dahiku. Kini semua urusan diambil alih sepenuhnya oleh ibu. Tanpa mengenal penat lelah ibuku terus mencari rezeki untuk mendapatkan sesuap nasi untuk diriku. Selesai persekolahan aku terus menelaah pelajaran. Sesekali mataku memandang jam loceng dimeja. "Nah! Sudah hampir jam 5". Getus hati kecilku. Lantas aku mengemas kembali meja yang berserakan dengan buku buku sekolah. Aku terus keluar rumah dan mengunci pintu menuju ke jalan besar. Tujuanku hanya satu iaitu menyambut kepulangan ibuku.

Begitulah rutin harian hidupku semenjak kehilangan bapa. Kasihan ibu terpaksa berkerja keras demi membesarkan diriku. Melihat sahaja sesusuk tubuh yang turun dari bas kilang membuat diriku tersenyum girang."Ibu", lantas ku mendapatkan ibu serta mencium tangannya. Ibu menyambutku dengan penuh kasih sayang.

Bermula sessi persekolahan darjah 5. Ibu menasihatkan diriku agar sentiasa belajar rajin rajin agar menjadi orang yang berguna satu masa nanti serta boleh merubah kehidupan kami sekeluarga yang sememangnya miskin. Aku bertekad didalam hati agar segala apa yang dicitakan oleh ibuku akan menjadi kenyataan. Hari persekolah ku lalui dengan penuh semangat. Menyedari akan keperitan hidup kami berdua membuatku bersemangat untuk mencapai kejayaan yang diimpikan. "Kringgggg!" Kedengaran loceng berbunyi menandakan selesai sessi persekolahan pada hari itu. Aku segera mengemaskan buku lantas memasukkan didalam beg ku yang sudah agak lusuh. Dalam perjalanan pulang aku bersiul kecil sambil terbayangkan rumah usangku.

Setibanya di rumah aku kehairanan melihat kereta pamanku di laman. "Jangan-jangan ada perkara buruk terjadi", bisik hati kecilku. Aku terus berlari menuju ke muka pintu lantas memberikan salam. Kedengaran agak riuh dari dalam rumah orang berbual mesra sambil ketawa. Senyuman mula terukir tatkala melihat wajah ibu. Ibu terus mendapatkanku seraya berkata "Nak, mari sini nak. Ibu mahu kenalkan kamu kepada seseorang". Aku menuruti langkah ibu sehingga ibu berhenti di hadapan seorang yang tidak kukenali sambil paman hanya tersenyum memerhatikanku."Nak, dihadapanmu ini adalah bakal pengganti bapamu yang telah tiada. Ibu harap kamu dapat menerimanya dan mengganggap dirinya sebagai tempat berlindung".

Aku hanya mengangguk lesu sambil mengukir senyuman. Ku hulurkan tangan sebagai tanda hormat kepada bakal bapa tiriku. "Mudah-mudahan kamu mampu membimbing diriku menjadi insan yang berguna". Ujarku kepada calon bapa tiri sambil disambut dengan deraian ketawa dari ibu dan paman. Sememangnya aku telah diasuh dari kecil agar menjadi seorang yang beradab dengan orang lain. Sebulan selepas pertemuan di rumah maka berlangsunglah majlis pernikahan semula ibu dengan insan pilihan pamanku. Majlis yang diadakan cukup sederhana dengan kehadiran kaum keluarga yang terdekat berserta jiran tetangga. Maka bermula satu episod baru dalam kehidupan bila sinar kebahagiaan menyinari kehidupan kami sekeluarga.

Namun panas yang ku harapkan sampai ke petang tidak kesampaian. Ada ketika bapaku pulang dengan wajah yang tidak menyenangkan. Ada sahaja kesalahan yang cuba dicari oleh bapa tiri terhadapku. Selalu juga tangan kasarnya menyinggahi pipiku. Seringkali juga badanku mendapat kesan lebam kerana di cubit juga di rotan. Kalau selama ini aku sering mendengar cerita ibu tiri yang suka mendera anaknya tetapi yang terjadi sebaliknya pada diriku. Ibu hanya mampu menangis hiba. "Maafkan ibu nak kerana tidak dapat melindungi dirimu". Aku hanya teresak esak dipangkuan ibu menahan kesakitan di seluruh tubuhku.

Boleh dikatakan setiap hari aku pergi ke sekolah dalam keadaan yang tidak terurus. Kalau dulu aku merupakan antara pelajar yang cergas dan riang kini keadaanku begitu jauh berbeza. Setiap ruang tubuhku boleh dilihat kebiru-biruan kerana lebam sehinggakan mendapat perhatian daripada guru. Namun aku hanya berdalih menyatakan bahawa ini terjadi kerana sikap degil dan tidak mendengar kata orang tua. Guru hanya menggelengkan kepalanya sambil menasihati agar aku menurut kata orang tuaku. Aku hanya menganggukkan kepala sambil memandang lantai mendengar nasihat daripada guruku. Rakan-rakan sekelas turut memandangku tanda simpati.

Sepanjang masa guru mengajar aku langsung tidak dapat menumpukan perhatian selain hanya mampu melihat jam di dinding. Semakin hampir waktu pulang dari persekolahan maka semakin kuat pula degup jantungku rasakan di saat itu. Saat ku melangkah kaki pulang ke rumah setiap langkah ku rasakan begitu berat sekali. Rumah yang sudah terpampang di depan mata seakan begitu jauh sekali untuk ku tujui. Aku meneruskan langkah hingga ke muka pintu lalu memberikan salam. "Hah, kenapa baru sekarang baru pulang ke rumah?", terdengar satu suara menengkingku. Kelihatan wajah bapa tiriku yang menyinga kemarahan. "Pang!", satu tamparan hinggap di pipiku. Seketika ku rasakan pandanganku berpinar.

Tidak cukup dengan itu satu tumbukan keras tepat menyinggahi muka ku. Disaat itu juga aku rebah ke lantai lantaran di tumbuk begitu keras sekali. Kebetulan ibu baru sahaja pulang dari kedai kerana membeli barangan untuk sajian makan malam untuk kami sekeluarga. Ibu terus menerpa ke arahku serta memangku diriku. "Abang! Kenapa ni..tidak cukupkan apa yang telah abang lakukan selama ini kepada anak kita. Apa abang sekarang ingin menjadi pembunuh? Kenapa tidak abang bunuh sahaja saya sekali", teriak ibu tidak tahan melihat aku diperlakukan sebegitu. Kali ini ibu bertindak nekad mempertahankan ku. Begitulah kasihnya seorang ibu.

Bermulalah satu lembaran baru dalam hidupku bilamana ayah tiriku yang bekerja sebagai pengawal keselamatan ditukarkan ke syif malam. Setiap hari seawal jam 6 pagi aku dikejutkan oleh ibu untuk bersarapan sebelum ke sekolah. Ibu menasihatkan ku agar sebaik sahaja selesai persekolahan hendaklah terus pergi ke rumah pamanku dan pulang sebaik sahaja malam kerana bapa tiriku akan bekerja syif malam. Manakala setiap hujung minggu pula seperti biasa ibu akan mengejutkan ku di awal pagi. Selesai sahaja bersarapan aku akan menuju ke taman permainan dan menyambung kembali mimpiku di tempat rehat yang disediakan kerana keadaan sekitar yang masih gelap. Bila keadaan sudah bertambah cerah aku akan berjalan kaki menuju ke rumah pamanku.

Ada ketika sewaktu aku senang enak dibuai mimpi, aku dikejutkan oleh pasangan ibu bapa yang membawa anak-anak mereka di taman permainan tersebut. Mungkin kerana kasihan melihat keadaan diriku maka mereka turut sama menjemput ku untuk menikmati juadah berupa kuih yang mereka bawa . Keadaanku yang boleh diumpamakan lari dari rumah ini berterusan sehinggalah ke Sekolah Menengah. Namun itu tidak membuat aku lupakan untuk mengulangkaji pelajaran walaupun diluar rumah. Dengan keadaan keluargaku yang sememangnya bukan dari golongan yang berada membuat aku sentiasa menginsafi keadaan kami itu. Seterusnya aku bertekad dalam mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

Tibalah pada waktu itu aku menghadapi peperiksaan SRP dengan berbekalkan sedikit doa serta restu dari ibu. Aku berusaha keras untuk memastikan kejayaan berada dalam dakapanku. Berkat dari sikapku yang mengambil berat akan soal pelajaran walaupun diabaikan serta sering didera oleh bapa tiriku, aku berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Ibu mendengar keputusan peperiksaan ku dengan gembira dan penuh rasa syukur. Permohonan ku untuk memasuki sebuah sekolah berasrama penuh di bandar peranginan Port Dickson telah diluluskan. Kini aku dapat mengemudi kehidupan serta menumpukan pelajaran dengan tenang tanpa gangguan. Setiap bulan aku akan pulang ke kampung untuk melihat ibu bagi melepaskan rindu dendam apabila tinggal berjauhan.

Ibu akan tersenyum gembira menyambut kepulanganku. Ibu seperti biasa akan bertanya khabar diriku. Sekarang bapa tiriku kelihatan tidak lagi bersikap dingin seperti dulu. Kalau dulu dia sering menyambutku dengan garang. Kali ini terpancar sedikit senyuman dari wajahnya. Kini keadaan telah kembali seperti sediakala sebagaimana dahulu. Tibalah saat aku mengambil peperiksaan SPM di ketika itu. Aku cuba membuat yang terbaik untuk semua dengan harapan aku akan menjadi kebanggaan keluargaku. Alhamdulillah aku berjaya juga mendapat keputusan yang cemerlang. Namun pada ketika itu aku telah mengambil keputusan yang aku akan mendapatkan kerja bagi menampung kehidupan kami sekeluarga selain dari punca pendapatan bapa tiriku.

Sedang aku sedang sibuk bekerja pada satu hari, aku telah menerima satu panggilan telefon yang menyuruhku pulang ke rumah segera kerana bapa tiriku sedang sakit tenat. Selepas meminta pelepasan dari penyelia tempatku bekerja aku segera bergegas pulang. Saat ku tiba dirumah aku terus mendapatkan bapa tiriku yang sedang terlantar. Aku merangkul tangannya dan memberi kata semangat buat bapaku yang nazak. Seketika bapa tiriku bersuara dalam nada yang tersekat-sekat, "Anakku! Sesungguhnya bapamu ini telah begitu banyak membuat salah terhadapmu. Walau mungkin sukar bagimu untuk memaafkan perbuatan ku yang lampau, namun pada kali ini bapa ingin sekali mengharapkan kemaafan darimu agar dapat memaafkan bapa nak".

Tanpa ku sedari airmataku mengalir tatkala mendengar permintaan seorang insan yang ku kenali sebagai bapa tiri lantas membisikkan ke telinganya "Bapaku! Sesungguhnya apa yang berlaku satu ketika dahulu telah pun aku maafkan. Tidak pernah sekali aku menyalahkan dirimu di atas segala apa yang berlaku. Kerana mungkin apa yang terjadi adalah atas kesilapanku sendiri. Apa yang kupinta darimu hanyalah secebis kemaafan dari anakmu ini. Ampunkan segala dosaku yang mana mungkin telah membuat dirimu marah". Seketika bapa tiriku mengangguk lemah diselangi dengan batuk yang tidak putus. Lalu ku memperdengarkan kalimah Syahadah dicuping telinganya. Kelihatan mulutnya terkumat kamit sambil menghela nafas nafas yang panjang.

Seraya pada ketika itu juga aku menutup matanya sambil mengucap tasbih ke hadrat ilahi agar menempatkan rohnya dikalangan orang-orang yang beriman. Seketika ku rasakan pada saat itu saat ku memberi kemaafaan kepada bapa tiriku. Seakan telah terlepas satu beban yang telah sekian lama ku pendam. Sekian.

Ps:- Sekadar cerita rekaan. Tiada kena mengena baik yg masih hidup mahupun yang tiada.


acik-suria

Prinsip kejayaan Nabi Muhammad s.a.w.

Menurut Al-Quran, Nabi Muhammad s.a.w. merupakan contoh terunggul untuk ummah manusia keseluruhannya. Para pakar pengkaji sejarah yang bukan Islam turut mengiktiraf beliau sebagai salah seorang personaliti paling berjaya dalam sejarah.

Pada tahun 1946 Reverend Bosworth-Smith dalam 'Mohammed & Mohammedanism.' Menulis tentang Nabi s.a.w.:

"Daripada ketua kerajaan dan kepada ketua gereja, beliaulah 'Caesar' dan 'Pope' dalam satu; tetapi beliau adalah 'Pope' tanpa dakyah-dakyah politik, 'Caesar' tanpa barisan tentera 'Caesar', tanpa pengawal peribadi, tanpa mahligai istana, tanpa saraan pendapatan gaji yang tetap. Kalaulah ada dakwaan di dunia ini yang mengatakan adanya seorang manusia yang benar-benar memerintah di dunia atas kuasa yang datang terus dari langit maka orang itu hanyalah, Mohammad., Kerana hanya beliaulah seorang yang memiliki kuasa tanpa mekanisme jajahan kuasa dan tanpa pertolongan kerajaan. Beliau tidak mengendahkan tentang kuasa yang datang dari pengaruhnya. Kesederhanaan hidupnya mencerminkan caragaya hidupnya mentadbirkan persona dirinya dalam bersama orang ramai dan tidak terjejas langsung akibat kedudukannya sebagai orang yang paling berpengaruh di dunia ini."

Pada tahun 1978 Michael Hart menulis dalam bukunya '100 orang paling berpengaruh dalam sejarah', beliau memilih nabi Muhammad sebagai orang yang paling dalam sejarah dan berkata:



"Keputusan saya memilih Muhammad untuk mengetuai senarai nama orang yang paling berpengaruh di dunia mungkin akan mengejutkan pembaca dan pasti akan dipersoalankan orang, tetapi pada hemat saya beliau seorang sahaja yang berjaya baik dari peringkat sekular dan juga dari peringkat keagamaan…… Oleh kerana kebolehannya megadunkan dua unsur ini tanpa tolok bandingannya berbanding dengan personaliti-personaliti lain dalam sejarah maka saya merasakan Muhammadlah yang berhak mendapat jolokan sebagai seorang individu yang paling berpengaruh dalam lembaran sejarah tamadun manusia."

Tingkah-laku serta ucapan yang keluar dari bibirnya memberi bimbingan untuk kita umat manusia untuk mencapai kejayaan , bukan sahaja di dunia ini tetapi juga di akhirat juga.

Nabi s.a.w. seorang yang berfikiran positif. Setiap urusannya adalah ke arah yang bermatlamat. Beliau mengelakkan dari setiap tindak-tanduk yang berunsur negatif yang akan menghalang proses kejayaan seperti benci, dengki, bongkak dan tamak, etc.

Setiap tindak-tanduknya adalah berniat bersih dan adalah kerana Allah s.w.t.

Dari mengkaji kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. kita akan memeperolehi prinsip-prinsip kejayaanya.

Prinsip pertama:

Ambil jalan yang mudah: Prinsip diterangkan oleh A’ishah. Beliau mengatakan:

" Apabila nabi s.a.w. terpaksa memilih di antara dua pilihan beliau akan memilih pilihan yang lebih mudah" (Bukhari)



Memilih jalan yang mudah bermaksud bahawa anda perlu mengkaji masalah anda dengan rasional dan baik dan memilih yang paling bijak dan menyenangkan urusan kerja anda. Setiap individu yang bermula dengan natijah sebegini akan cepat menuju ke arah matlamat hidupnya.

Prinsip Kedua:

Lihatlah peluang dalam kesusahan: Sewaktu permulaan di Mekah, terdapat banyak masalah dan rintangan. Pada waktu itu satu petunjuk turun dari Allah s.w.t. yang berfirman:

"Seiring dengan kesusah adalah kesenangan. Seiring dengan kesenangan adalah kepayahan" (94:5-6).

Ini bermakna jika ada masalah pasti ada peluang yang datang seiringan dengannya. Jalan menuju kejayaan adalah dengan mengatasi masalah yang datang dalam setiap cubaan dan menyahut setiap peluang yang datang sekaligus bersamanya.

Prinsip ketiga

Bertindak dengan berubah tempat bermaustatin: Prinsip ini timbul hasil dari peristiwa Hijrah. Hijrah bukan sahaja satu penghijrahan dari Mekah ke Madinah . Ia merupakan satu pengembaraan untuk mencari satu tempat yang lebih sesuai untuk penubuhan agama Islam.

Berpindah adalah satu aspek penting untuk mencapai keamanan dan keadilan. Ini juga dapat membuahkan pembukaan minda dan rohani untuk menerima pembaharuan dari segi intelek, rohaniah dan pemikiran.

Prinsip keempat


Jadikan seorang kawan dari seoarng musuh: Agama Islam sering mendapat pertentangan hebat dari masyarakat jahiliyaiah. Ketika itu , Al-Quran menganjurkan melakukan baik untuk mereka yang melakukan jahat. Kemudian Al-Quran mewartakan:

'Kamu akan menyaksikan lawan menjadi kawanmu'. (41:34).

Ia bermaksud bahawa dengan melakukan kebaikan terhadap orang yang mengkhianati kita dengan kejahatan kita akan dapat menundukkan keegoan mereka dengan sikap kita yang luhur dan ikhlas.

Contoh terunggul sifat kemanusiaan Nabi s.a.w. jelas sewaktu menawan kembali kota Mekah beliau tidak meumpahkan darah walaupun setelah beliau dilayan dengan sebegitu buruk terdahulu daripada itu. Semua musuh yang ditawan diberikan pengampunan termasuk Hinda, isteri Abu Sooyaan, wanita yang memotong serta mengeluarkan usus serta perut ayah saudara Nabi s.a.w. Dalam keadaan sedemikian Nabi s.a.w. tetap mengampunkan Hinda.

Prinsip kelima

Pendidikan adalah tunggak kejayaan: Selepas perang Badr, Lebih 70 orang jahiliyiah diambil sebagai tawanan perang. Mereka merupakan orang terpelajar. Nabi s.a.w. mengumumkan bahawa sekiranya mereka berjaya mengajar 10 anak-anak Muslim menulis dan membaca mereka akan dibebaskan dari tawanan perang. Ini merupakan sekolah pertama dalam sejarah Islam yang mana semua penuntutnya beragama Islam dan tenaga pengajarnya dari pihak musuh.

Prinsip keenam

Jangan berfikiran sempit: Dalam perang terkenal di Mutah, Khalid Ibn. Walid a.s. memutuskan untuk menarik diri pejuang-pejuang Islam dari medan perang kerana mendapati tentera Islam berada dalam jumlah yang sikit berbanding tentera-tentera lawan. Apabila mereka pulang , setengah orang Islam memfitnah mereka sebagai lari dari medan perang. Nabi s.a.w. membangkang seraya berkata,

"Tidak mereka adalah ahli pejuang yang mara ke hadapan."



Ketika itu setengah penduduk Madinah berfikiran sempit dan menafsirkan keadaan sebagai samaada tentera melawan atau berundur. Nabi s.a.w. di sebaliknya berkata terdapat pilihan ketiga dalam aspek ini yakni mengelakkan peperangan seketika untuk mengumpul kembali tenaga dan kekuatan selanjutnya kambali ke medan perang dengan keadaan lebih bersedia lagi menggerunkan terhadap pihak musuh.

Sejarah membuktikan strategi pemikiran jauh dan luas beliau dalam menangani masalah berjaya mendapat kejayaan yang membanggakan yang akhirnya menumpaskan musuh di sempadan Rom setelah menyiapkan tentera-tentera Islam selama tiga tahun untuk berhadapan dengan mereka.

Prinsip ketujuh

Jangan mengadakan atau memanjangkan konfrontasi yang tidak perlu: Prinsip ini timbul hasil dari perjanjian damai Hudaybiyyah. Ketika itu umat jahiliyiah berkeras untuk berperang dengan tentera Islam kerana mereka berkeadaan lebih baik dari segi strategi peperangan. Tetapi Nabi s.a.w. , sebaliknya memasuki perjanjian perdamaian bersifat unilateral untuk selama sepuluh tahun. Sebelum itu pihak Islam dan yang bukan Islam hanya bertemu di medan peperangan untuk menyelesaikan konflik mereka. Sejak itu konfrontasi hanya ditangani dengan perbincangan serta pertukaran maklumat mengenai perbezaan ideologi. Dalam masa dua tahun, Islam muncul unggul lantaran kerana ideologinya yang tiada tolok bandingannya tidak dapat dilawan.

Prinsip ke-lapan

Biar perlahan-lahan dan tidak radikal dalam perlaksanaan hukum: Prinsip ini termaktub dalam Hadith riwayat Bukhari. Ai’shah bersabda yang mana surah-surah awal penurunan ayat-ayat Al-Qur’an berkaitan rapat dengan syurga dan neraka. Selepas kepercayaan mula menyerap masuk ke dalam hati sanubari umat manusia , Allah s.w.t. menurunkan surah-surah untuk menyeru umat manusia menghentikan terus dari melakukan ketidakadilan dan amalan-amalan yang tidak bermoral yang membelenggui masyarakat Arab jahiliyiah itu ketika itu. Ini bukti sejarah yang jelas bahawa Islam menggemari cara kesederhanaan dan membenarkan cara evolusi dari revolusi dalam perlaksanaan polisi dan pembaharuan.

Prinsip kesembilan

Bersifat pragmatik dalam menangani konflik: Sewaktu menulis draf perdamaian di meja rundingan Hudaybiyyah nabi s.a.w. bersabda "Inilah utusan dari Muhammad utusan dari Allah s.w.t." , kaum Quraish terus memberontak dengan ayat ini lantas Nabi s.a.w menyarankan ayat itu diubah-suai kepada ‘Muhammad, anak kepada Abdullah’. Ini mendiamkan pengkritik-pengkritiknya.

Ini hanyalah sebilangan kecil dari prinsip-prinsip yang Nabi Muhammad s.a.w. gunakan untuk mengatur langkah hidupnya. Kunci kejayaan prinsip-prinsip hidupnya diiktiraf oleh pengkaji sejarah sebagai tiada tolok bandingnya dan adalah bijak seandainya kita umat Islam cuba mencontohi kebijaksanaan beliau.

'Pada dalam diri kamulah utusan dari Allah milik budi pekerti yang indah untuk setiap orang yang harapan mereka terletak pada Allah dan hari kemudian.' (Quran 33:21)

Sumbangan drpd Nini
Webmaster Laman Dr Hamid Arshat
http://www.hamidarshat.com/

Nothing Gonna Change My Love - Special dedicate for you ...


If I had to live my life without you near me
The days would all be empty
The nights would seem so long
With you I see forever.. oh so clearly
I might have been in love before
But it never felt this strong
Our dreams are young and we both know
They'll take us where we want to go
Hold me now
Touch me now
I don't want to live without you

Nothings gonna change my love for you
You ought to know by now how much I love you
One thing you can be sure of
I'll never ask for more than your love
Nothings gonna change my love for you
You ought to know by now how much I love you
The world may change my whole life through but
Nothings gonna change my love for you

If the road ahead is not so easy
Our love will lead the way for us
Like a guiding star
I'll be there for you
If you should need me
You don't have to change a thing
I love you just the way you are
So come with me and share the view
I'll help you see forever too
Hold me now
Touch me now
I don't want to live without you

Nothings gonna change my love for you
You ought to know by now how much I love you
One thing you can be sure of
I'll never ask for more than your love
Nothings gonna change my love for you
You ought to know by now how much I love you
he world may change my whole life through but
Nothings gonna change my love for you

Nothings gonna change my love for you
You ought to know by now how much I love you
One thing you can be sure of
I'll never ask for more than your love